Monday, September 29, 2014

Pasar malam terpanjang di Malaysia

Tahukah anda yang pasar malam terpanjang di Malaysia terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor?

Ia dicatatkan sebagai pasar malam terpanjang di Malaysia pada tahun 2011 oleh Malaysia Guiness book of record?

Pasar malam ini diadakan pada setiap hari sabtu malam minggu dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Sebelah selatannya dikuasai oleh peniaga cina, manakala dibahagian barat pula oleh peniaga melayu.

Pelbagai jenis gerai jualan dibuka disini seperti makanan, pakaian, alat keperluan rumah, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kasut dan lain-lain lagi.

Dipenghujung bahagian peniaga cina, terletaknya warong tudia char kuey tiow yang dibuka selain hari pasar malam (sabtu) dari pukul 6 petang hingga 12 malam.

Nak rasa kelainan char kuey tiow disini, datang santai-santai bersama keluarga anda. Tapak parkir kereta yang luas dan ruang meja makan yang banyak menjanjikan kelegaan tatkala anda datang dari jauh nun sana.

Meh..pekena char kuey tiow!

No comments:

Post a Comment