Monday, September 29, 2014

Pasar malam terpanjang di Malaysia

Tahukah anda yang pasar malam terpanjang di Malaysia terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor?

Ia dicatatkan sebagai pasar malam terpanjang di Malaysia pada tahun 2011 oleh Malaysia Guiness book of record?

Pasar malam ini diadakan pada setiap hari sabtu malam minggu dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Sebelah selatannya dikuasai oleh peniaga cina, manakala dibahagian barat pula oleh peniaga melayu.

Pelbagai jenis gerai jualan dibuka disini seperti makanan, pakaian, alat keperluan rumah, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kasut dan lain-lain lagi.

Dipenghujung bahagian peniaga cina, terletaknya warong tudia char kuey tiow yang dibuka selain hari pasar malam (sabtu) dari pukul 6 petang hingga 12 malam.

Nak rasa kelainan char kuey tiow disini, datang santai-santai bersama keluarga anda. Tapak parkir kereta yang luas dan ruang meja makan yang banyak menjanjikan kelegaan tatkala anda datang dari jauh nun sana.

Meh..pekena char kuey tiow!

Sunday, September 28, 2014

Genap seminggu berniaga, apa kata pelanggan?

Hari ini merupakan hari ke-7 kami berniaga Restoran Oasis, Setia Alam, Selangor. Banyak kisah pahit manis telah dilalui selama 7 hari disini. Banyak pelajaran baru setiap hari. Pelbagai ragam manusia ditemui. Semuanya menarik.

Sebagai peristiwa yang akan dikenang dimasa akan datang serta panduan bagi kami menambahbaik servis dan cara masakan, kami rakamkan beberapa testimoni secara live dari pelanggan yang pernah merasai char kuey tiow kami.


Brader dari Sijangkang, Klang




Brader dari Meru, Klang

7 bulan dari sekarang kami akan melaporkan semula dengan merakamkan komen-komen pelanggan secara live jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah. Kalau ada pelanggan yang datang dari luar lembah Klang lagi bagus. Kami sangat mengalu-alukan.

Saturday, September 27, 2014

Char Kuey tiow ketam tunggu penerbit filem




Ada tak sesiapa yang kenal produce filem atau drama tempatan? Kalau ada member yang nak buat shooting apa-apa drama atau filem yang melibatkan babak kedai minum, boleh gunakan tempat kami 

Sebarang pertanyaan, boleh pm kami disini.

Cerita Tanah Kubur pun boleh, asalkan jangan cerita perang dan cerita gengster sudah... cepat al-marhum nanti...



Untuk mengelakkan air liur meliur keterlaluan, elok tunjukkan poster je dulu. Kami ada char kuey tiow ketam... Sebelah kanan yang berbaju hitam tu adalah tuan kadi daerah Klang. Beliau datang sekeluarga makan malam disini. Korang yang belum kahwin, elok berbaik-baik dulu dengan beliau supaya mudah nak menikah nanti. Semua soalan bocor dia bagi... hahaha..


Saturday, September 20, 2014

Wajib pergi pasar



Pagi ini pergi pasar pagi di Banting. Terletak dipinggir pekan banting berdekatan dengan Econsave dan Mc Donald Banting.

Harga agak berbeza dengan pasar besar Klang lebih-lebih lagi Pasar Borong Klang yang terletak disebelah belakang kompleks pasar besar Klang.


Bagi para peniaga, penjimatan 10%-15% perbezaan harga barang boleh mengakibatkan pengurangan keuntungan.

Contohnya, RM20 penjimatan setiap hari boleh mendatangkan RM600 sebulan dan jika dihitung dalam setahun pula, RM7200 dapat dijimatkan.

Jumlah itu jika diagihkan kepada 4 orang staff sebagai bonus, ia cukup menggembirakan mereka yang menerima bonus lebih sebulan gaji.

Thursday, September 18, 2014

Akhirnya... esok warong bahagia char kuey tiow dibuka di Setia Alam


Cuti hari Sabtu malam Ahad

Kalau anda tinggal sekitar Klang, Meru, Bukit kapar, Kapar, Aman perdana, Klang sentral, Bukit Raja, Batu belah atau mana-mana lokasi yang berhampiran dengan Setia Alam, anda dijemput singgah untuk merasai 'kemersikkan' char kuey tiow kami. 

Esok hari pembukaan, hari pertama kami berniaga. Teristimewa buat 50 pinggan pertama, kami bagi PERCUMA.

Malam pasar malam kami cuti. Rehat makan satay..

Sunday, September 14, 2014

Teruskan berlatih memasak char kuey tiow


Hari ini buat latihan kali ke-2 dilokasi ke-2 yang dirahsiakan.

Tak cukup korem, tapi tetap berjalan seperti dirancang. Setakat hari ini, belum cukup 50 pinggan disiapkan sebagai syarat mahir memasak char kuey tiow.


Char Kuey Tiow Ketam



Esok sambung lagi...

Saturday, September 13, 2014

Training masak lagi...

Petang ini tim char kuey tiow setia alam akan menjalani sesi latihan buat kali ke-2 sebagai persediaan menuju ke warong sebenar. Target gorengan hidangan adalah sebanyak 30 pinggan.

Beberapa orang juri khas dijemput untuk merasa cahr kuey tiow yang dihasilkan. Mereka terdiri dari pelbagai latarbelakang dan sebahagiaannya bukan penggemar char kuey tiow.

Cabaran sebenar adalah melayan tekak orang tak makan durian supaya menyukai duiran.